KUALA LUMPUR: Selepas meraih sebutir pingat perak dan gangsa pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, pemain ping pong negara Wong Qi Shen kini mengintai untuk memperbaiki pencapaiannya pada temasya sukan serantau itu di Phnom Penh, Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
Pemain berusia 20 tahun itu berjaya membantu pasukan lelaki negara yang dibarisi oleh Leong Chee Feng, Javen Choong dan Danny Ng Wann Sing mara ke final buat kali pertama sejak edisi 1993 Singapura, selain membawa pulang gangsa beregu lelaki menerusi gandingan bersama Javen pada tahun lepas.
Keyakinan beliau turut meningkat selepas muncul juara kategori bawah-19 tahun kejohanan World Table Tennis (WTT) Youth Contender di Jezzine, Lubnan pada November lepas dan mara ke separuh akhir Kejohanan WTT Feeder Antalya 2023 di Turkiye, bulan lepas.
"Untuk tahun ini, kita akan berjuang untuk emas acara berpasukan dan buru perak bagi acara beregu. Ini motivasi buat saya untuk Sukan SEA, cuba yang terbaik untuk emas," katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia di sini, pada Khamis.
Pada Sukan SEA lepas, Malaysia berjaya meraih satu perak dan empat gangsa untuk menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.
Sementara itu, atlet ping pong wanita Alice Chang Li Sian, yang turut berjaya menempah tiket ke separuh akhir di Antalya dengan menewaskan tiga pemain ranking lebih tinggi berbanding beliau, berharap untuk mara ke final Sukan SEA.
"Selain latihan di sini, latihan di China juga sangat membantu kerana saya boleh fokus sepenuhnya mengenai ping pong. Selepas ini akan ada pemain dari Jepun yang hadir ke Malaysia sebagai teman berlatih, ia bagus kerana mereka mempunyai skil dan mental yang kuat," katanya.
Skuad ping pong negara, yang berjaya membawa pulang pingat perak acara berpasukan wanita dan campuran dari Sukan Komanwel Birmingham 2022, telah mengadakan latihan bersama pemain dari Korea Selatan dan Taiwan di sini, selain kem latihan di China.
Untuk memantapkan lagi persiapan pasukan, mereka seterusnya bakal mengadakan kem latihan bersama pemain dari Jepun bermula dari 10 hingga 24 April di ibu negara.
Jurulatih skuad kebangsaan Beh Lee Wei berkata, latihan dan aksi persahabatan bersama pemain lain sangat penting buat pemain untuk mempelbagaikan gaya permainan serta mempelajari teknik, skil dan taktik baharu.
"Pertamanya, keyakinan meningkat, kemudian permainan menjadi lebih baik selepas bermain dengan pemain luar. Dalam ping pong, selain skil, taktik seperti bagaimana nak servis dan menerima servis juga penting.
"Apabila berlatih dengan pemain yang berbeza-beza gaya permainan, senang untuk pertandingan nanti. Persiapan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas, kerana terjejas dengan pandemik COVID-19, kita dapat latihan luar negara, tak dapat jemput pemain lain dan juga tiada pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Pada Sukan SEA lepas, Malaysia berjaya meraih satu perak dan empat gangsa untuk menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan. - Foto fail/BERNAMA
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: COVID-19 belum berakhir
Diskusi #AWANIpagi hari ini bersama Dr Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung ancaman COVID-19 yang belum berakhir.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.